Popular Posts

KENANGAN UMRAH 2011

Umrah 2011 Slideshow: Al’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

MAKLUMBALAS/KOMEN


Nama Jemaah : Dr. Zanariah Bt Kassim
Tarikh : 14 Mac 2011
Assalam, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana membuka pintu hati saya untuk mengerjakan umrah. Setelah mengkaji serba sedikit latar belakang beberapa syarikat yang menguruskan umrah di Johor akhirnya saya memilih Al Zahabi. Pengurusan Al Zahabi memang baik dan bersistematik dari segi pengurusan dokumen dan menyusunatur perjalanan umrah sehinggalah kami sampai semula ke Johor Bahru.Saya juga berterima kasih kepada Ustaz Fauzi di atas ilmu yang dikongsi. Memang saya akui kesibukkan dengan urusan dunia sering membuat saya terlupa mendalami sirah Rasulullah dan sahabat. Segala bimbingan dan tunjuk ajar amat saya hargai dan sanjung tinggi. Saya berhajat untuk mengerjakan haji melalui pakej mungkin dalam tempoh 2 atau 3 tahun lagi bersama dengan suami sahaja (kali ini Irfan x boleh ikut). Insya'Allah !!! Any good offer, please let me know.

Nama Jemaah : Jamilah Bte Hj Abdul Rahman
Tarikh : 10 Mac 2011
Pada keseluruhannya saya amat berpuas hati.Saya amat berpuashati ketika bersama dengan para jemaah dan kerjasama mereka seperti satu keluarga.Saya menyokong penuh dan akan memperkenalkan dengan saudara dan kawan-kawan saya .Syabas AL-ZAHABI TRAVEL!

Nama Jemaah : Salamah Bte Abd Rahman
Tarikh : 10 Mac 2011
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Nizamuddin Omar yang banyak mengorbankan masa.
Saya mendoakan AL-ZAHABI TRAVEL semoga berjaya....Amin.

Nama Jemaah : Mustafa Hassan & Shamsiah Aziz
Tarikh : 11 Mac 2011
Teruskan Pakej Murah dengan perancangan yang lebih baik lagi.Mutawwif memang serba boleh.Penerbangan Jet Airways memang terbaik walaupun pada harga yang murah.Terima Kasih

Nama Jemaah : Hjh Maznah Bt Hussein & Keluarga
Tarikh : 11 Mac 2011
Cadangkan Al-ZAHABI TRAVEL membuat perkhidmatan umrah untuk sebulan dalam bulan puasa.
Pada keseluruhannya perkhidmatan yang di sediakan amat memuaskan.Terbaik!

Nama Jemaah : Abd Razak Bin Md Hassan & Salbiah Bt. A. Ghani
Tarikh : 11 Mac 2011
Alhamdulillah.Syukur kerana dengan adanya AL-ZAHABI saya dan isteri dapat menjalankan ibadah umrah.Amat berpadanan dengan harga dan mutawwif yang penuh ilmu(sejarah Islam dan Fiqh) memberikan kami ilmu walaupun agak letih kerana transit tetapi kami berpuashati.Terjalin Silaturrahim antara kami dalam kumpulan 35 orang.Semoga AL-ZAHABI diberkati.INSYALLAH

Nama Jemaah : Siti Hasfah Bte Osman
Tarikh : 13 Mac 2011
Saya berterima kasih kepada Al-Zahabi Travel dengan tambang murah.Terima kasih kepada mutawwif yang menguruskan kami.Sangat Baik!!Kalau boleh dari BOMBAY terus ke JEDDAH.Tak payah transit di MADRAS.Terima Kasih!Rancang tahun depan hendak pergi lagi.

Nama Jemaah : Haji Damsuki Selamat & Keluarga
Tarikh : 13 Mac 2011
Reasonable Price.Arrangement well organise.Insyallah,tahun depan saya akan pergi lagi.Mutawwif yang berkaliber.Good Job!!

Nama Jemaah : Hajah Haszela Ibrahim & Hj Ismail Abd Hamid
Tarikh : 13 Mac 2011
Pakej yang sangat baik,menarik dan memuaskan.Kalau ada rezeki boleh join lagi.Terima Kasih!

Nama Jemaah : Wahid Parayee & Saniah Mahdi
Tarikh : 14 Mac 2011
Kali pertama menunaikan umrah,Alhamdulillah dengan bimbingan Ustaz saya berdua mampu melaksanakan ibadah umrah dengan baik.Pakej yang dijalankan amat memuaskan walaupun jemaah terpaksa transit sebanyak 2 kali di Madras dan Bombay.Terima Kasih Al-Zahabi Travel.

Nama Jemaah : Badrol Mohamad & Keluarga
Tarikh : 14 Mac 2011
Alhamdulillah.Semuanya yang diuruskan berjalan dengan lancar.Cadangan Majlis Al-Bayam atau ceramah kepada semua jemaah selepas solat Asar di Masjidil Haram.Keseluruhannya kami berpuas hati.

Nama Jemaah : Mohd Saat Bin Sudin
Tarikh : 14 Mac 2011
Harga yang berpatutan dan selesa.Bercadang untuk pergi satu keluarga selepas ini.Bantuan dari staff Al-Zahabi juga amat memuaskan.Terima kasih.

Nama Jemaah : Noranidah Majid & Keluarga
Tarikh : 28 Mei 2011
Banyak-banyak terima kasih pada Al-Zahabi terutamanya Ustaz Ahmad Fauzi Othman.Perkhidmatan yang amat baik.Penerangan yang amat jelas serta bimbingan yang baik.Tahniah kerana dapat menyediakan sesi forum perdana semasa di Mekah harap dapat diteruskan.

Nama Jemaah : Jaafar Mohamadon & Keluarga
Tarikh : 28 Mei 2011
Syarikat Jamaq Ent. mengucapkan terima kasih dan syabas di atas program yang telah diadakan sangat memuaskan seperti Forum Perdana dan Majlis Yaasin.Rancangan dan penyusunan program yang disempurnakan amat memuaskan.Pihak kami mendoakan agar pihak Al-Zahabi dapat meluaskan syarikatnya di setiap negeri.Terima Kasih

Nama Jemaah : Fatin Binti Ghazali
Tarikh : 30 Mei 2011
Secara keseluruhan perkhidmatan ini memuaskan dan memerlukan beberapa penambahbaikan untuk menjadikannya lebih baik dan berkualiti.Alhamdulillah program yang di rancang,berjalan dengan lancar.Tingkatkan usaha untuk mutu dan kualiti yang lebih baik.Sebuah syarikat yang wajar diberi pujian kerana dapat menjalankan program umrah pada kadar murah dan ianya pasti sangat berharga buat mereka yang kesusahan.Terima kasih atas segalanya dan maaf untuk segalanya.

Nama Jemaah : Abd Razak Bin Latiff & Keluarga
Tarikh : 30 Mei 2011
Secara keseluruhan,program yang diaturkan adalah terbaik.Mutawwif Ust. Nizamuddin Omar telah menjalankan yang terbaik dan bertanggungjawab keatas semua jemaah yang dipimpin.Syabas Ustaz & pihak pengurusan Al-Zahabi

Nama Jemaah : Ikmal Rusyda Bt Ahmad Puaad & Keluarga
Tarikh : 30 Mei 2011
Perkhidmatan perlu diperbaiki untuk keselesaan jemaah.Biarpun pakej murah,secara keseluruhannya,kami berpuashati.Tiada perkara yang sempurna dalam hidup ini.Sentiasa memperbaiki adalah jalan yang terbaik.Terima kasih atas segala usaha,khidmat dan tunjuk ajar selama ini.Allah sahaja yang mampu membalasnya.Semoga jadi lebih baik.

Nama Jemaah : Mohamed B. Abas
Tarikh : 01 Ogos 2011
Syukur,Tahniah kepada Al-Zahabi Travel terutama kepada mutawwif yang menjalankan tugas dengan cemerlang.Semoga perkhidmatan anda mendapat balasan yang istimewa dari ALLAH.Saya mendoakan AL_ZAHABI TRAVEL terus maju.Amin

Nama Jemaah : Noraini Bt. M. Salleh
Tarikh : 01 Ogos 2011
Alhamdulillah.Sangat Cemerlang.Syabas dan tahniah untuk mutawwif.Semoga syarikat ini akan terus berjaya dan dapat menambah cawangan lain.Terima kasih