Popular Posts

KENANGAN UMRAH 2011

Umrah 2011 Slideshow: Al’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Tuesday, December 28, 2010

PERJALANAN DI MEKAH DAN MADINAH

Madinah
Muassasah
  • Berdaftar dengan Kementerian Haji Arab Saudi
  • Berurusan terus dengan Kedutaan Arab Saudi
  • Rekod Kelulusan VISA & MOFFA 100%


Hotel Di Makkah
  • Dar Al-Salam
  • Al- Yamamah Hotel
Jarak 200-250 meter ke Masjidil Haram (kawasan Gazzah). Jalan menuju ke masjid landai, tidak berbukit dan teduh. Memasuki Pintu Marwah

Hotel Di Madinah

Makkah





  • Mawaddah Group Hotel
  • Al-Fayroz Group Hotel
Jarak 100 meter ke Masjid Nabawi,berdekatan Pintu Raudhah.

Masakan/Makanan
  • Diuruskan oleh pihak Al-Zahabi Travel Sdn. Bhd
  • Masakan Citarasa Melayu & Ala Thai


Pengangkutan
  • Pengangkutan berhawa dingin di Mekah dan Madinah
  • Bas berhawa dingin & selesa untuk keselesaan jemaah

Tempat-tempat Lawatan :

MADINAH



Masjid Quba
  • Masjid pertama dibina Rasulullah SAW
  • Rasulullah bersabda yang bermaksud :
  • Sesiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Qubauntuk bersolat, akan diberi pahala seperti menunaikan umrah.”

Jabal Uhud
  • Jabal Uhud, bukit kemerahan yang menjadi saksi gugurnya para Syuhada di Madinah.
  • Uhud adalah kawasan perang besar antara kaum Muslim dengan kafir Quraisy yang peristiwanya akan terus dikenang hingga akhir masa.
  • Perang Uhud terjadi pada 15 Syawal 3 H (Mac 625). Peperangan itu disebabkan balas dendam kafir Quraisy setelah kekalahan mereka dalam perang Badar.







Masjid Qiblatain
  • Masjid yang mempunyai 2 Mihrab yang mana salah satunya menghadap ke Baitul Maqdis dan yang satu lagi menghadap ke Baitullah. Di sinilah Rasulullah SAW melakukan Solat Zohor yang mana 2 rakaat pertama menghadap ke Baitulmaqdis dan 2 rakaat lagi menghadap ke Baitullah       










Masjid Tujuh

Terletak di sekitar Masjid Al Fath. Di sinilah terjadinya peperangan antara kaum Quraisyh dan Yahudi menentang umat Islam. Peperangan ini dinamakan Peperangan Khandak (Parit / Ahzab)









Ladang Kurma

Kota Madinah memang terkenal dengan buah kurmanya dan yang paling terkenal ialah kurma Rasulullah SAW – Ajwa’, benihnya ditanam sendiri oleh Baginda. Riwayat Bukhari menyatakan sesiapa makan tujuh biji tamarAjwah pada waktu pagi, nescaya racun dan sihir tidak akan memudharatkannya pada hari itu.






HUDAIBIYAH




Ladang Unta

Unta adalah contoh haiwan yang penyabar. Ia juga pernah ditunggangi oleh Rasulullah SAW. Jemaah boleh merasa sendiri hasil tenusu yang segar.



Muzium

Di sini kita boleh melihat kesan-kesan sejarah mengenai pembinaan Masjidil Haram, telaga Zam-Zam, Kaabah dan lain-lain.

Masjid Hudaibiyah

Di masjid ini terjadinya satu perjanjian iaitu Perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah SAW dan orang kafir Quraisy. Pada ketika itu, Rasulullah SAW terpaksa bertahlul dan menyembelih seekor kambing, kerana dihalang untuk melakukan Umrah.



Thursday, December 23, 2010

PAKEJ UMRAH CUTI SEKOLAH MAC/MEI/JUL/OGOS 2011


PEMBETULAN : Penerbangan 11-21 Mac 2011 (ETIHAD AIRWAYS) ditukar kepada 12 - 23 Mac 2010 dan berlepas dari SIN (12H10M)

Sebarang pertanyaan mengenai pakej UMRAH 2011,sila berhubung di :

AL-ZAHABI TRAVEL SDN.BHD
No. 02-09 Jalan Datin Halimah,
Plaza Larkin Indah,
80350 Johor Bahru,Johor
Tel : 07-2360560            Faks: 07-2360570
Email : alzahabitravel@yahoo.com
En. Salleh  012-7088440
Ust. Fauzi  0197690420
Mohd Hizami  019-7240899
Zamzuri  0197855393

Wednesday, December 22, 2010

UMRAH

Ibadah Umrah
Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.

1. Beriham Dari Miqat 
Miqat Zamani: 
Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram.

Tanda Sempadan Tanah Haram:
Tan'im:Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah.
Wadi Nakhlah:Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km.
Ja'ranah:Di sebelah timur sejauh 16 km.
Adhah:Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km.
Hudaibiyah:Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-Syamisi sejauh 15 km dari Mekah.
Al-A'lam (tanda) ialah: Batu-batu yang dipahat setinggi satu meter kemudian diletakkan di tepi jalan-jalan tersebut.

Miqat Makani:
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan tempat miqat bagi penduduk Madinah di Zul Hulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Sabda Baginda Lagi: Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri tersebut dan bagi mereka yang melaluinya untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Manakala, selain dari mereka yang tersebut, miqatnya adalah mengikut arah kedatangan mereka, begitu juga dengan penduduk Mekah, miqatnya memadai dari Mekah. Para ahli Ilmu telah bersepakat mengenai tempat-tempat miqat tersebut.

Juhfah:
Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya.

Abyar Ali (Zul Hulaifah):
Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah.

Qarnul Manazil:
Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya.

Zaatu Irqin:
Dinamakan Zaatu Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.

Yalamlam:
Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman.

2. Tawaf
Jika sudah sampai di Makkah, lakukanlah tawaf umrah mengelilingi Ka?bah tujuh kali putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Lalu shalatlah dua raka?at di belakang Maqam Ibrahim, dekat dengan Maqam ( kalau mungkin) atau jauh darinya.

3. Saie
Setelah selesai shalat dua raka?at, pergilah ke Bukit Shafa untuk melakukan sa?i umrah tujuh kali putaran, dimulai dari Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwa.

Doa Bersaie: 
اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاة مِنْ النَّارِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى، اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، وَأَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ.
Yang bermaksud: Wahai Tuhan yang membalik-balikkan segala hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu, segala yang meneguhkan keampunanMu, kesejahteraan daripada segala dosa, memperolehi Syurga dan terpelihara dari api Neraka. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu hidayat petunjuk, ketaqwaan, terpelihara dari segala kesalahan dan kekayaan. Wahai Tuhanku, tolonglah aku supaya aku dapat menyebutMu, mensyukuri dan beribadat kepadaMu dengan sebaik-baiknya.
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebajikan, apa yang aku ketahui, apa yang aku tidak ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Aku memohon kepada Engkau Syurga dan perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dengan Engkau dari Neraka dan dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan.

Bukit Safa:
Ketika mendaki bukit Safa disunatkan membaca Firman Allah
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.
Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:
اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ حَقًّا حَقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ تَعَبُّدًا وَرِقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ.
Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.

Bukit Marwah:
Ketika mendaki bukit Marwah disunatkan membaca Firman Allah:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tidak salah dia bersaie (berjalan secara berulang-alik) di antara keduanya. Sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah pemberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.
Kemudian menghadap ke arah Kaabah lalu mengucapkan:
اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر اللَّهُ أَكْبَر، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ حَقًّا حَقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ تَعَبُّدًا وَرِقًّا، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ.
Yang bermaksud: Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar Terbesar dari segala yang besar-besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Maha suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian yang mulia pagi dan petang. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.

4. Bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting
Setelah selesai sa`i, pendekkanlah rambut kepala.

Dengan demikian, selesailah palaksanaan ibadah Umrah, dan bukalah pakaian ihram anda lalu gantilah dengan pakaian biasa.

Tuesday, December 21, 2010

SYARIKAT PENERBANGAN

ETIHAD AIRWAYS

MALAYSIA AIRLINES 

JET AIRWAYS

QATAR AIRWAYS

SAUDI AIRLINES