Popular Posts

KENANGAN UMRAH 2011

Umrah 2011 Slideshow: Al’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Tuesday, December 21, 2010

MAKLUMAT AM - UMRAH

MAKNA UMRAH
Dari Segi Bahasa:
Umrah bermaksud ziarah.


Dari Segi Syarak:
Menziarahi Kaabah dan tawaf di sekelinglingnya, mengerjakan sa'i di antara Safa dan Marwah serta bercukur.


WAJIB UMRAH
1. Ihram di miqat.
2. Menjauhkan larangan-larangan ketika berihram.


RUKUN UMRAH
1. Memakai ihram berserta niat saperti berikut:
   "Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala."
2. Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.
3. Sa'i di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali.
4. Bercukur.
5. Tertib.


SUNAT UMRAH
Segala perkara-perkara sunat bagi ibadat haji merupakan perkara-perkara sunat ibadat umrah.


MIQAT ZAMANI UMRAH
Miqat zamani umrah ialah sepanjang tahun kecuali pada hari-hari Tasyrik dan ketika mengerjakan ibadat haji di Arafah sehingga selesai mengerjakan segala rukun dan wajib haji.


MIQAT MAKANI UMRAH
Miqat makani umrah sama saperti miqat haji kecuali bagi orang berkeinginan mengerjakan umrah dari Makkah maka miqat mereka ialah di Tanah Halal.