Popular Posts

KENANGAN UMRAH 2011

Umrah 2011 Slideshow: Al’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Monday, June 13, 2011

MAKLUMBALAS/KOMEN JEMAAH


MAC 2011

Pakej Umrah : Umrah Cuti Sekolah
Penerbangan : Etihad Airways Ex SIN
Tarikh : 14 Mac 2011
Mutawwif : Ust. Ahmad Fauzi Bin Othman

Nama Jemaah : Dr Zanariah Kassim & Keluarga (HSA,Johor Bahru)
Assalam, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana membuka pintu hati saya untuk mengerjakan umrah. Setelah mengkaji serba sedikit latar belakang beberapa syarikat yang menguruskan umrah di Johor akhirnya saya memilih Al Zahabi. Pengurusan Al Zahabi memang baik dan bersistematik dari segi pengurusan dokumen dan menyusunatur perjalanan umrah sehinggalah kami sampai semula ke Johor Bahru.Saya juga berterima kasih kepada Ustaz Fauzi di atas ilmu yang dikongsi. Memang saya akui kesibukkan dengan urusan dunia sering membuat saya terlupa mendalami sirah Rasulullah dan sahabat. Segala bimbingan dan tunjuk ajar amat saya hargai dan sanjung tinggi. Saya berhajat untuk mengerjakan haji melalui pakej mungkin dalam tempoh 2 atau 3 tahun lagi bersama dengan suami sahaja (kali ini Irfan x boleh ikut). Insya'Allah !!! Any good offer, please let me know.

Pakej Umrah : Umrah Murah
Penerbangan : Jet Airways Ex KUL
Tarikh : 10 Mac 2011
Mutawwif : Ust. Nizamuddin Omar

Nama Jemaah : Salamah Bte Abd. Rahman (Pasir Gudang,Johor)
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Nizamuddin Omar yang banyak mengorbankan masa.
Saya mendoakan AL-ZAHABI TRAVEL semoga berjaya....Amin.

Nama Jemaah : Jamilah Bte Hj Abdul Rahman(Masai,Johor)
Pada keseluruhannya saya amat berpuas hati.Saya amat berpuashati ketika bersama dengan para jemaah dan kerjasama mereka seperti satu keluarga.Saya menyokong penuh dan akan memperkenalkan dengan saudara dan kawan-kawan saya .Syabas AL-ZAHABI TRAVEL!

Pakej Umrah : Umrah Murah
Penerbangan : Jet Airways Ex KUL
Tarikh : 11 Mac 2011
Mutawwif : Ust. Muhammad Long

Nama Jemaah : Farina Zakaria (Kluang,Johor)
Pakej yang sesuai dan mampu untuk semua orang dan elok dikekalkan konsep ini.Cuma akan jadi lebih baik sekiranya di buat 'direct flight' atau di kurangkan transit dalam kadar yang sama.ALL THE BEST!!

Nama Jemaah : Mustafa Hassan & Shamsiah Aziz (Kempas,Johor)
Teruskan Pakej Murah dengan perancangan yang lebih baik lagi.Mutawwif memang serba boleh.Penerbangan Jet Airways memang terbaik walaupun pada harga yang murah.Terima Kasih 

Nama Jemaah : Hjh Maznah Bt Hussin (Seri Kembangan,Selangor)
Cadangkan Al-ZAHABI TRAVEL membuat perkhidmatan umrah untuk sebulan dalam bulan puasa.
Pada keseluruhannya perkhidmatan yang di sediakan amat memuaskan.Terbaik!

Nama Jemaah : Abdul Razak Bin Md. Hassan & Salbiah Bt A. Ghani(Kota Tinggi,Johor)
Alhamdulillah.Syukur kerana dengan adanya AL-ZAHABI saya dan isteri dapat menjalankan ibadah umrah.Amat berpadanan dengan harga dan mutawwif yang penuh ilmu(sejarah Islam dan Fiqh) memberikan kami ilmu walaupun agak letih kerana transit tetapi kami berpuashati.Terjalin Silaturrahim antara kami dalam kumpulan 35 orang.Semoga AL-ZAHABI diberkati.INSYALLAH

Pakej Umrah : Umrah Murah
Penerbangan : Jet Airways Ex KUL
Tarikh : 13 Mac 2011
Mutawwif : Ust. Hanafi Abd Rahman

Nama Jemaah : Halimah Binti Abdullah@Mohamed & Keluarga (Bandar Baru Uda,Johor)
Keseluruhan perkhidmatan AL-ZAHABI TRAVEL "BAIK".Diharapkan AL-ZAHABI TRAVEL menjadi yang terbaik.SYABAS!!!  

Nama Jemaah : Hajah Haszela Ibrahim & Haji Ismail Abd Hamid(Bandar Tenggara,Johor)
Pakej yang sangat baik,menarik dan memuaskan.Kalau ada rezeki boleh join lagi.Terima Kasih!

Nama Jemaah : Haji Damsuki Selamat & Keluarga (Taman Rinting,Johor)
Reasonable Price.Arrangement well organise.Insyallah,tahun depan saya akan pergi lagi.Mutawwif yang berkaliber.Good Job!!

Nama Jemaah : Siti Hasfah Bte Osman(Johor Bahru,Johor)
Saya berterima kasih kepada Al-Zahabi Travel dengan tambang murah.Terima kasih kepada mutawwif yang menguruskan kami.Sangat Baik!!Kalau boleh dari BOMBAY terus ke JEDDAH.Tak payah transit di MADRAS.Terima Kasih!Rancang tahun depan hendak pergi lagi.

Pakej Umrah : Umrah Murah
Penerbangan : Jet Airways Ex KUL
Tarikh : 14 Mac 2011
Mutawwif : Ust. Ismail Ali

Nama Jemaah : Badrul Mohamad & Sekeluarga (Johor Port,Pasir Gudang)
Alhamdulillah.Semuanya yang diuruskan berjalan dengan lancar.Cadangan Majlis Al-Bayam atau ceramah kepada semua jemaah selepas solat Asar di Masjidil Haram.Keseluruhannya kami berpuas hati.

Nama Jemaah : Wahid Parayee & Saniah Mahdi (Sg Tiram,Johor) 
Kali pertama menunaikan umrah,Alhamdulillah dengan bimbingan Ustaz saya berdua mampu melaksanakan ibadah umrah dengan baik.Pakej yang dijalankan amat memuaskan walaupun jemaah terpaksa transit sebanyak 2 kali di Madras dan Bombay.Terima Kasih Al-Zahabi Travel.

Nama Jemaah : Mohd Saat Bin Sudin & Mariah Atim (Kangkar Tebrau,Johor)
Harga yang berpatutan dan selesa.Bercadang untuk pergi satu keluarga selepas ini.Bantuan dari staff Al-Zahabi juga amat memuaskan.Terima kasih.