Popular Posts

KENANGAN UMRAH 2011

Umrah 2011 Slideshow: Al’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Tuesday, June 14, 2011

MAKLUMBALAS/KOMEN JEMAAH

MEI 2011

Pakej : Umrah Cuti Sekolah
Penerbangan : Etihad Airways
Tarikh : 28 Mei 2011
Mutawwif : Ustaz Ahmad Fauzi Bin Othman

Jemaah : Noranidah Majid & Keluarga (Pasir Gudang,Johor)
Banyak-banyak terima kasih pada Al-Zahabi terutamanya Ustaz Ahmad Fauzi Othman.Perkhidmatan yang amat baik.Penerangan yang amat jelas serta bimbingan yang baik.Tahniah kerana dapat menyediakan sesi forum perdana semasa di Mekah harap dapat diteruskan.



Jemaah : Jaafar Mohamaddon & Keluarga (Tiram,Johor)

Syarikat Jamaq Ent. mengucapkan terima kasih dan syabas di atas program yang telah diadakan sangat memuaskan seperti Forum Perdana dan Majlis Yaasin.Rancangan dan penyusunan program yang disempurnakan amat memuaskan.Pihak kami mendoakan agar pihak Al-Zahabi dapat meluaskan syarikatnya di setiap negeri.Terima Kasih


Pakej : Umrah Murah
Penerbagan : Jet Airways
Tarikh 30 Mei 2011
Mutawwif : Ust. Nizamuddin Bin Omar

Jemaah : Fatin Binti Ghazali (Pasir Gudang,Johor)
Secara keseluruhan perkhidmatan ini memuaskan dan memerlukan beberapa penambahbaikan untuk menjadikannya lebih baik dan berkualiti.Alhamdulillah program yang di rancang,berjalan dengan lancar.Tingkatkan usaha untuk mutu dan kualiti yang lebih baik.Sebuah syarikat yang wajar diberi pujian kerana dapat menjalankan program umrah pada kadar murah dan ianya pasti sangat berharga buat mereka yang kesusahan.Terima kasih atas segalanya dan maaf untuk segalanya.

Jemaah : Abdul Razak Bin Latif & Keluarga (Felda Pasak,Kota Tinggi)
Secara keseluruhan,program yang diaturkan adalah terbaik.Mutawwif Ust. Nizamuddin Omar telah menjalankan yang terbaik dan bertanggungjawab keatas semua jemaah yang dipimpin.Syabas Ustaz & pihak pengurusan Al-Zahabi

Jemaah : Ikmal Rusyda Ahmad Puaad & Keluarga (Johor Bahru)
Perkhidmatan perlu diperbaiki untuk keselesaan jemaah.Biarpun pakej murah,secara keseluruhannya,kami berpuashati.Tiada perkara yang sempurna dalam hidup ini.Sentiasa memperbaiki adalah jalan yang terbaik.Terima kasih atas segala usaha,khidmat dan tunjuk ajar selama ini.Allah sahaja yang mampu membalasnya.Semoga jadi lebih baik.